SAMBUT ATAU TIDAK
Ada orang tanya pada saya, “Engkau tak sambut Hari Ibu?” Saya merenung tajam ke matanya? Dia serba salah, kemudian tiba-tiba mulutnya bersuara, “Ah, lupa engkau mana sambut hari-hari macam ini. Bida’ah katanya.” Dia senyum sinis. Saya ketawa.
Saya berjalan perlahan petang itu menuju ke kedai makan yang tak jauh dari hostel saya. Kawan saya tadi masih tersenyum-senyum, dia berada di sebelah saya. “Aku sambut tiap-tiap hari. Tiap-tiap hari aku mengenang jasa dan pengorbanan ibuku. Bagi aku, setiap hari aku doakan kebahagian, keselamatan, dan umur yang panjang untuk ibu dan ayahku. Bukankah, itu yang dituntut agama?” Saya pula tersengih-sengih kambing kepadanya. Mata dia? Ah mata dia tidak merenung tajam seperti yang saya lakukan, tetapi dia hanya tertunduk lesu.
Petang itu, petang yang bermakna. Petang itu juga adalah petang ‘usrah’ saya dengan dia. Tazkirah diberi di mana-mana sahaja, dan petang itu tanggungjawab untuk menyampai dapat dilakukan secara santai tapi bermakna.
Islam meletakkan ibu ditempat yang paling selayaknya, begitu juga dengan bapa. Seorang ibu berhak mengambil haknya terhadap anak-anaknya. Tetapi seorang anak tidak boleh langsung mempertikaikan hak ibu dan bapa mereka terhadap dirinya. Jihad adalah perkara paling utama dalam Islam, namun kerana Ibu, jihad menjadi tempat kedua bagi seorang anak.
Perkara ini dikatakan sendiri oleh Rasulullah ketika ada seorang sahabat yang bernama Jahimah bertemu baginda untuk bertanyakan pandangan untuk ikut serta dalam ekspedisi jihad. Rasulullah bertanya, “Adakah kamu masih mempunyai ibu?” Jahimah menjawab: “Ya.” Lalu Rasulullah bersabda, “Tinggallah bersamanya kerana sesungguhnya syurga terletak di bawah tapak kakinya.” (Shahih Sunan al-Nasai, no: 3104)
ADAKAH IA ADIL ATAU TIDAK?
“Jadi adakah satu larangan untuk menyambutnya pada hari-hari tertentu?” Kawan saya tadi bersuara semula. “Eh bukankah kau yang sendiri kata yang orang macam aku akan kata bid’ah?” Saya memulangkan paku buah keras kepadanya. “Tadi gurau.” Dia masih merenung kemuka saya meminta jawapan. “Jika kita menyambutnya hanya pada hari-hari tertentu, maka jawapannya kita tidak adil. Kita tidak adil kepada ibu kita, dan kita tidak adil terhadap hak yang perlu kita berikan kepada mereka.
Saya tidak pernah kata bid’ah atau berdosa walaupun ada sahaja ulama’ yang mengharamkannya dan sebaliknya. Tapi kita kenal lihat dari konteks adil atau tidak jika kita lakukan hanya pada hari-hari tertentu sahaja? “Kau dah besar, boleh fikir kan?” Saya menepuk-nepuk bahunya lembut.
Persoalan yang saya timbulkan hanyalah, adil atau tidak kita perlakukan begitu kepada insan yang mengandungkan kita selama 9 bulan, seterusnya perit melahirkan kita, dan kini menatang penuh diri kita, tiba-tiba kita hanya meraikan kemulian mereka hanya sehari. Itupun pada hari-hari tertentu. Jika kita sampai hati lakukan begitu, ucaplah selamat hari ibu hanya pada hari Ahad ini. Hari-hari lain, kita diam membisu dan tidak ada lagi penghargaan buat insan ini.
Bagi saya, setiap hari, setiap bulan, dan setiap tahun akan saya ingati, doakan, hubungi dan ucapkan “Selamat hari Ibu untuk semua ibu-ibu di dunia, terutama kepada ibuku yang bernama Hajah Samsiah binti Kadim. Anak-anakmu akan sentiasa menghargai dan mengingati setiap hari.”
_______________________________________________________________
© YUSSAMIR.COM (2007-2009)
Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Yussamir .Com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Yussamir .Com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin YUSSAMIR . COM terlebih dahulu.
"memperkasakan paradigma"
Yussamir Yusof @ www.yussamir.com

salam..hurm..apapun kita buat kena ikut wakik kan? saya tertanya-tanya, klu dah mmg keadaan skrg menjadikan sambutan hari ibu suatu yg sinonim setiap tahun,apa salahnya kita ikut? but then kata2 encik pasal adil atau tdk,ada benarnya,tq.
ReplyDeletesalam..ye, saya bersetuju, setiap hari kita sewajarnya menghargai ibu kita, tapi ibu, dah nama pun seorang wanita, dah jadi ibu pulak tu, umur pula makin lanjut, lagi lah bertambah emosional hatinya.hati nya cepat tersentuh, apatah lagi bila di kaca televisyen tersiar iklan2 dan rancangan2 sempena hari ibu, mereka lantas teringat anak mereka, mengharapkan ada anak yang menghubungi (jika anak di perantauan) untuk mengucapkan juga "Ma, selamat hari ibu , ma, saya sayang ma, terima kasih kerana membesarkan saya selama ini, saya sayang ma"
ReplyDelete