TENGAH MAKAN PUN KENA TANGKAP
Konflik yang berlaku di Perak semakin lama semakin meruncing. Sebuah negeri yang diperintah oleh Sultan yang sangat berpendidikan dan disayangi, dibinasakan oleh orang yang tidak bertanggungjawab. Perlembangaan ditolak mentah-mentah, Sultan yang berdaulat dipinggirkan. Semuanya disebabkan KUASA!. Entah sampai bila kuasa boleh dipegang? Sampai bila?
Sejarah berulang kembali. Mereka tidak belajar dari sejarah yang telah merakamkan segala-galanya. Betullah seperti yang dikatakan oleh George Santayana, “Those who forget the lessons of history will be condemned to repeat their mistakes over and over again” (Mereka yang lupakan pengajaran daripada sejarah akan dihukum untuk mengulangi kesilapan mereka berulang-ulang kali)
Riot atau gempuran haram oleh Polis terhadap rakyat jelata mula kelihatan kembali. Rakyat yang memilih pemerintahan, tapi rakyat pula yang dibelasah! Saya tidak menyalahkan anggota polis yang menjalankan tugas ini, kerana mereka hanya mengikut arahan. Walaubagaimanapun, mereka juga harus diberi kritikan. Ayah saya seorang bekas pegawai polis, dan kakak saya pula kini adalah seorang polis. Tetapi mata dan hati saya tidak buta, adakah disebabkan ada dikalangan keluarga saya anggota polis saya akan menutup mata terhadap kesalahan mereka? Kepada anggota polis yang tidak terlibat, syabas saya ucapkan.
Saya suka memetik apa yang dikatakan oleh Farish A.Noor berkenaan dengan Hang Tuah. Seorang lelaki gagah dan perkasa semasa zaman Kesultanan Melayu Melaka. Beliau sanggup melakukan apa sahaja, atas dasar TAAT DAN SETIA kepada Pemerintah. Sehinggakan beliau sanggup menikam saudaranya atas dasar TAAT DAN SETIA kepada Sultannya. Kemudian Farish A.Noor mengaitkan kembali KETAATAN membuta TULI Hang Tuah itu dengan keadaan masyarakat Malaysia sekarang. Katanya, “Bayangkan kita hidup di Malaysia yang moden ini bersama-sama sekumpulan Hang Tuah yang sedia mati dan sanggup melakukan kekerasan. Jangan beranggapan hendak mengadakan tunjuk perasaan dan protes yang dilakukan secara aman: Tentu Tuah dan sahabat-sahabatnya akan berada di barisan depan dan membelasah kita semua.”
Kata-kata Farish A. Noor itu memang sudah terjadi tika ini di Perak, Hang Tuah dan sahabat-sahabatnya disimilasikan oleh para anggota Polis yang TAAT dan SETIA kepada Pemerintah!
Hati saya semakin membuak kepanasan apabila melihat seorang lelaki yang sedang makan ditarik dan ditangkap oleh anggota polis. Adab mana atau budaya mana yang anggota polis ini lakukan? Saya tidak pernah melupakan jasa anggota penguatkuasa, terutama Polis. Tetapi tidakkah kita diajar untuk berfikir sebelum mengikut? Tengah makan pun boleh kena tangkap, adakah kita mahu katakan perbuatan biadap ini sama sahaja seperti zionis? Fikir-fikirkanlah.
BELAJARLAH DARI KEKALAHAN
Saya fikir pihak UMNO akan belajar dari kekalahan yang mereka rasai baru-baru ini di Bukit Gantang. Tapi hampa, mereka tidak belajar dari kekalahan itu. Mesej yang disampaikan oleh rakyat melalui pilihanraya kecil, tidak diendahkan oleh UMNO/BN. Mereka terus angguh mengatakan rakyat masih menyokong perjuangan mereka. Adakah mereka benak atau tuli? Saya akan terus menangis jika negara kita diperintah sebegini macam.
"Patik menjunjung kasih ke atas Sultan yang adil"
*Saya sarankan untuk baca artikel ini: SAIFULISLAM
_______________________________________________________________
© YUSSAMIR.COM (2007-2009)
Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Yussamir .Com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Yussamir .Com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin YUSSAMIR . COM terlebih dahulu.
"memperkasakan paradigma"
Yussamir Yusof @ www.yussamir.com
kadangkala kamu juga cetek berfikir..
ReplyDeleteHanya orang yang sanggup melihat orang yang ditangkap ketika sedang makan yang akan kata begitu :D
ReplyDeleteBiasalah ada yang sokong dan ada yang tak sokong. Soal cetek, dangkal atau apa2 pun, ia terpulang kepada diri kita sendiri. Persepsi berbeza :D
Terima kasih :D