Tuesday, March 25, 2008

cerita saya



Pahit itu sebenarnya Manis

Oleh: Yussamir Yusof
Cyberjaya
2.34 pagi
www.yussamir.com

Saya bukanlah seorang anak yang suka bergantung sepenuhnya kepada dua orang tua. Saya suka berdikari, dengan berdikari saya akan dapat lebih merasai. Sebelum memasuki Universiti,saya pernah bertekad untuk tidak akan menyusahkan kedua ibubapa saya walaupun saya tahu mereka mampu menanggung saya. Tetapi sehingga sekarang saya masih tidak pernah meminta duit elaun daripada kedua ibubapa saya. Bagi saya cukuplah duit biasiswa yang saya perolehi daripada Yayasan Telekom. Namun disebabkan minat dan kecenderungan saya yang suka melihat duit ‘beranak’ dan suka buat duit. Maka saya menceburi beberapa bidang yang dapat menambahkan duit poket saya. Bidang pertama yang sahabat saya sarankan dan galakkan adalah bidang penulisan.Alhamdulilah,usaha saya berbaloi dengan buku doa yang bakal terbit pada bulan 6 ini. Usaha untuk menambah duit sambil mencari jalan menyebarkan ajaran Islam tidak terhenti setakat itu sahaja. Kini saya dan rakan-rakan saya sedang bertungkus-lumus dalam bidang perniagaan. Walaupun baru setahun jagung, tapi kami cuba merealiasasikan apa yang telah kami rancangkan.

Roti dan Maggi makanan utama

Pengalaman yang saya belum pernah kongsikan bersama,waima dengan rakan niaga saya ialah,dompet saya pernah ada satu ringgit sahaja. Ketika itu saya betul-betul ikat perut, untuk merealisasikan apa yang diidam saya sanggup,itulah keazaman dan keyakinan saya. Ada satu ketika saya kekeringan duit dan lapar,untuk hilangkan kelaparan saya, saya mengimpikan yang saya bakal dapat duit banyak selepas ini dan makan banyak-banyak. Selepas beberapa minit, perut yang lapar itu akan terus menjadi kenyang dan cukuplah dua keping roti dan maggi menjadi hidangan makan tengahari dan malam. Kebanyakan duit saya disalurkan untuk perniagaan kami yang baru naik.

Berhutang dan terjerat

Kadang-kadang itu, ada pula yang meminjam dari saya. Bukan sedikit tetapi melebihi Rm300, mahu tidak mahu saya pinjamkan jua.Sebab saya juga pernah meminjam, maka bila orang tengah sesak datang meminjam pada saya,maka tidak sampai hati untuk mengatakan tidak.Walaubagaimanapun, kadang-kadang saya sendiri terjerat di mana saya pula menjadi mangsa kekeringan bila hutang tidak dibayar-bayar pada masa yang dijanjikan. Kepada mereka yang susah sangat nak bayar hutang,renung-renungkanlah hadith di bawah ini:

Dari Abu Hurairah رضي الله عنه bahwa Nabi صلی الله عليه وسلم bersabda: "Ruh orang mati itu tergantung dengan hutangnya sampai hutang itu dilunasi untuknya."(Riwayat Ahmad dan Tirmidzi. Hadits hasan menurut Tirmidzi.)

Akhir kata,bukan senang untuk berdikari dan berjaya,tetapi tidak susah untuk menjadi apa yang kita impikan melalui usaha yang gigih dan perancangan yang rapi. Setelah semua lengkap, kepada Allah jua ia dikembalikan. Moga semua usaha saya berbaloi dan pengalaman-pengalaman itu tidak akan terhenti di situ sahaja,dan saya sudah bersedia untuk pengalaman yang lebih dasyat lagi. Kerana pahit itu sebenarnya manis.

Abdullah Ibnu Umar رضي الله عنه berkata: Rasulullah صلی الله عليه وسلم membaca doa: " Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu dari bahaya hutang, bahaya musuh, dan kemenangan para musuh". (Riwayat Nasa'i. Hadits shahih menurut Hakim.Dipetik dari kitab Bulugul Maram,Ibnu Hajar)

2 comments:

  1. Assalamualaikum.

    Alhamdulillah, sekurang-kurangnya kita merasai lapar untuk tahu betapa nikmatnya kenyang, bukan? =)

    Pahit itu sebenarnya manis, bila kita ingin merasainya sebagai manis, segalanya atas apa yang kita fikir dan usahakan, dan sejauh mana kita yakin bahawa ketentuan Allah itu yang terbaik.

    Dengan niat menaip kata-kata ini sebagai peringatan buat diri juga; kita perlu merasai susah untuk kita lebih bersyukur bila senang, dan jangan terlupa ketika senang bahwa suatu ketika dulu kita pernah susah. Allah yang menetapkan sesuatu kejadian dengan sebaik-baik perancangan, sebagai medan tarbiyyah supaya hamba-hambaNya ini kuat.

    Kalau tak silap akak, Nabi Muhammad SAW pernah berpuasa bila tiada makanan dan antara sabda baginda, "biarlah lapar menjadikan aku makin dekat mengharap kepada Allah dan kenyang menjadikan aku lebih bersyukur kepadaNya." Salah satu pegangan akak ketika diri ini dihimpit ujian kekeringan wang untuk meneruskan pengajian, memilih untuk memperuntukkan wang yang ada untuk membeli buku rujukan, terpaksa juga mengikat perut (roti menjadi makanan ruji ketika ini..hehe). Tetapi siapa kita untuk tentukan rezeki kita, bukan? Sekadar boleh usaha. Alhamdulillah, akak tak pernah jatuh sakit kerana terlalu lapar. =)Selagi kita yakin bahawa punca rezeki itu daripada Allah, kita takkan pernah putus asa daripada rahmatNya, insyaAllah.

    Semoga kuat ya! =D

    ReplyDelete
  2. "Selagi kita yakin bahawa punca rezeki itu daripada Allah, kita takkan pernah putus asa daripada rahmatNya, insyaAllah."

    Terima kasih dengan dorongan dan peringatan akak. Ayat di atas tu,betul-betul mengingatkan saya bahawa Allah sentiasa berada bersama saya.Dan menjadi satu kemungkaran jika saya berptus asa dari rahman dan rahim nya...Teruskanlah menasihati dan memberi kata-kata semangat pada saya..
    Syukran.. :D

    ReplyDelete