Wednesday, March 26, 2008

ulasan


YA, AKU ADALAH WAHABI !


Oleh : Abu Basir

*Dengan sedikit edit di bahagian laras bahasa oleh paradigma.



Sekalipun aku mengelak daripada jenama yang dicipta, yang dikatakan telah
memecah-belahkan kaum muslimin dan tidak menyatupadukan mereka. Akan
tetapi, secara jelas aku mengumumkan tanpa rasa ta'sub atau
kecenderungan berpuak bahawa aku adalah WAHABI. Iaitu mereka yang
dimuliakan dengan kecintaan kepada Syeikh Muhammad bin Abdul Wahhab
rahimahullah dan kecintaan kepada seruan dakwah beliau.

Jika Wahabiah itu maknanya seruan kepada tauhid dan aqidah yang
sahih, serta menghapuskan syirik dan juga bebas daripada perbuatan
dan golongan bidaah seperti yang diseru oleh Syeikh.

Ya, aku adalah WAHABI...!


Jika Wahabiah itu maknanya seruan kepada al-Kitab dan al-Sunnah, serta
berpegang teguh dengan cara, petunjuk dan pemahaman Salafus Soleh. Tambahan ia menghapuskan kefanatikan mazhab seperti yang diseru oleh Syeikh,

Ya, aku adalah WAHABI...!


Jika Wahabiah itu maknanya berpegang kepada sunnah yang tsabit lagi
sahih, serta menghapuskan bid'ah dan khurafat seperti yang diseru oleh Syeikh,

Ya, aku adalah WAHABI...!


Jika Wahabiah itu maknanya berjihad memerangi taghut yang zalim, juga
jihad memerangi syirik dan orang musyrikin seperti yang diseru oleh
Syeikh,

Ya, aku adalah WAHABI...!


Jika Wahabiah itu maknanya jalan pertengahan tanpa condong kepada
sikap melampau dan berserah seperti yang diseru oleh Syeikh,

Ya, aku adalah WAHABI...!


Telah ku teliti keadaan mereka yang mengkritik secara penuh kedengkian
terhadap Syeikh dan seruan dakwahnya, lalu ku dapati mereka itu ;

Samada kafir ataupun syiah rafidhah ataupun ahli sufi yang
melampau. Aataupun ahli bid'ah yang sesat, ataupun mereka yang
jahil yang mengulang-ulang apa yang mereka dengari tanpa mereka
mengenali siapakah Syeikh dan seruan dakwahnya itu.

Inilah barisan yang buruk. Amat malang dan rugi bagi mereka yang
merelakan diri mereka berdiri bersama barisan ini, ataupun menjadi
pesertanya, ataupun menambah ramai bilangannya.

Apakah yang mereka dendamkan terhadap Syeikh? Alangkah ramainya
sekali golongan pendendam pada zaman ini. Kita telahpun mendengarnya
sejak dari dulu lagi akan dendam golongan ini. Kata nista dan cacian
serta tohmahan terhadap Syeikh dan seruan dakwahnya - sehingga
kalimah Wahabi itu menjadi kata nista dan jelik pada kebanyakan
masyarakat! - tanpa ditunjangi kepada hujah (sekalipun yang kecil)
yang membenarkan golongan ini mengenai kezaliman, tohmahan dan hinaan
serta dendam mereka...?!

Nah, inilah dia peninggalan Syeikh dan karya-karyanya berada di tangan
kita! Mudah untuk didapati bagi yang berkehendakkannya, semuanya
berbicara dengan Haq dan menyeru kepada yang Haq. Disamping menyuruh dengan Haq.
Datangkanlah kepada kami satu kekurangan ( yang benar-benar salah ) -
jika kalian adalah golongan yang benar - untuk diadili Syeikh dan
diadili juga seruan dakwahnya yang sudah tentu akan membenarkan
segala dendam, nista dan tohmahan kalian...?!

Jika kalian tidak menjumpainya dan sememangnya kalian tidak akan
menemukannya,kami telah mengetahui, bahawa, apakah sebenarnya yang
menjadikan kalian mendendami Syeikh dan seruan dakwahnya. Iaitu
kerana berdirinya Syeikh di atas kebenaran amat tidak menyenangkan
kalian dan juga syaitan-syaitan kalian.

Jika dikatakan : Lihatlah kepada kezaliman dan kesalahan mereka yang
menisbahkan diri mereka terhadap Syeikh dan seruan dakwahnya pada
zaman ini...?
Aku katakan : Tidak terjejas sama sekali Syeikh dan seruan dakwahnya
dengan wujudnya golongan ini pada zaman ini - yang mendakwa mereka
adalah pengikut Syeikh dan seruan dakwahnya - kerana mereka melakukan
kesalahan yang dihasilkan oleh diri mereka sendiri dan bukannya
kesalahan orang lain
. Sesungguhnya seseorang itu tidak boleh disoal
dan dihisab dengan sebab kesalahan orang lain, jika ianya dibolehkan,
maka, tiada siapa pun yang akan selamat di muka bumi ini daripada
dakwaan orang lain!

Tambahan dari Penulis Paradigma:
Kepada insan yang mengatakan saya mempromosi dakwah Wahabi melalui artikel yang menerangkan apa dan siapa itu wahabi,maka saya meletakkan segalanya kepada Allah. Saya hanya menerangkan kebenaran tanpa mengurangkan sedikit pun, kerana anda dan saya juga membela dan kebenaran, dan anda juga mengetahui tentang itu. Maka terpulang kepada insan yang mendakwa saya mempromosi dakwah itu, sama ada saya salah atau bukan, Kalau salah maka betulkan dengan membawa hujah agar saya tenang dan rela membenarkan pandangan anda. Saya suka dengan artikel yang diterjemahkan semula ini, terpulang kepada semua pembaca paradigma,kerana anda semua sudah matang.

4 comments:

  1. Salam ya akhi...

    Sedikit demi sedikit kita akan dapat menghayati mengapa pepatah Melayu membandingkan mulut manusia dengan mulut tempayan.

    Satu demi satu isu seperti ini akan menjadikan kita lebih tegar terhadap kata-kata orang yang tak pernah berhenti.

    Lalu berkatalah Al-Mutanabbi, "jika kamu mahu menjadi seorang yang mempunyai pandangan, maka jadilah seorang yang mempunyai pendirian. Sesungguhnya pandangan (yang baik) akan menjadi rosak hanya kerana kamu berbelah bagi"

    ReplyDelete
  2. Wasalam ustaz..
    Moga kata-kata al-mutanabi itu terus dipegang dn dihayati oleh semua orang ,terutama saya.
    Kawan saya suka cakap macma ini, "buat pa p layan depa itu,biaq p la depa nak cakap apa pun.Kita tak ngaku pun, depa kata kita macam-macam,ha la ini kita p habaq kat depa kita ini *tutttt*,takpa2,kita tunjukkan aklak dan keilmuan kita pada depa,tak perlu kita nak p serang depa,sabaq no.."(ayat yang telah disunting oleh paradigma..hehhe)

    ReplyDelete
  3. Narrated 'Abdullah bin 'Amr bin Al' As:
    I heard Allah's Apostle saying, "Allah does not take away the knowledge, by taking it away from (the hearts of) the people, but takes it away by the death of the religious learned men till when none of the (religious learned men) remains, people will take as their leaders ignorant persons who when consulted will give their verdict without knowledge. So they will go astray and will lead the people astray." [Sahih Bukhari]


    Ilmu itu milik Allah. Adillah bila menuntut ilmu dan menyampaikan ilmu. Asalkan kita tahu kita bukan mencari redha manusia dalam menuntut dan menyampaikan ilmu, Allah akan beri kekuatan selalu, insyaAllah.

    ReplyDelete
  4. Orang yang suka menampal label pada manusia ni sebenarnya sedang membina tirai besi yang besar sekeliling wilayah pemikirannya. Yang akhirnya akan membuatkan dia sendiri rugi. Rugi kerana terus menyangka dia sudah bebas dengan sekadar bergerak dalam tanah yang sekangkang kera.

    Moga kita tidak menjadi dari kalangan orang-orang yang rugi.

    ReplyDelete