Selagi ada masa
Oleh :Yussamir Yusof
Tadi lepas menonton cerekarama yang bertajuk Ihsan,sahabat saya terus menghubungi ibunya di rumah.
“Assalamualaikom.” Kedengaran suara ayahnya di hujung talian.
“Waalaikumusalam, ayah sihat?” Sahabat saya menanyakan khabar.Sesekali dia mengesat-ngesat matanya,semacam ada air yang mengalir.
“Alhamdulilah,kau macam mana?”
“Sihat je..Nak cakap dengan ibu kejap.”
Tidak berapa kemudian suara ibunya kedengaran.
“Assalamualaikom,dekat mana tu?”
Sahabat saya terdiam seketika,kemudian air matanya berderai. Kami hanya memerhatikan dia dari dekat.Ah…Suara ini memang betul-betul boleh menggetarkan jiwa.
“Ibu…Amin…” Sahabat saya itu tidak dapat meneruskan perbualan.Dadanya sesak.
Belum sempat dia cakap dengan lebih lanjut,kedengaran suara esakan ibunya di talian. Saya yang berada di sebelahnya juga turut tidak tertahan-tahan,kemudian turut tenggelam dengan tangisan kedua anak beranak itu.
“Ibu tau,amin tengok cerita itu juga kan.” Suara ibunya terketar-ketar meneruskan perbualan.Sahabat saya itu masih tidak dapat tenang,air matanya terus deras mengalir.
“Ibu doa sangat-sangat,anak ibu tak jadi macam Nordin itu.Jangan sesekali derhaka kat ibu dengan ayah.Ingat tu.” Pesan keramat dari ibunya,kami yang mendengarnya juga turut mengiyakan.
“Amin minta maaf sangat-sangat ibu,kalau ada silap dan salah maafkan amin ye.” Sahabat saya beriya-iya memohon maaf dari ibunya.Dia takut jika kesalahan yang dilakukan tidak perasaan oleh dirinya. Dia terus menangis..
“Ibu maafkan,dah-dah jangan nangis lagi.” Ibunya memujuk.
“Terima kasih ibu...ok lah ibu..Kirim salam dengan ayah...Assalamualaikom.”
Perbualan ditamatkan....
Pesanan ringkas: Selagi ada masa, segeralah mohon maaf kepada kedua ibu bapa kita.Takut-takut terlambat.....
“Keredhaan Allah terletak pada keredhaan Ibubapa, manakala kemurkaan Allah terletak pada kemurkaan ibubapa.”
( Dikeluarkan oleh Tarmidzi dalam sunannya.Dalam bab berkenaan dengan keutamaan pada keredhaan ibubapa.Ia juga dinilai sahih dalam silsilah alhadis assahihah)
Assalamualaikum,
ReplyDeleteSetiap orang pasti tersentuh tengok drama ihsan. Mudah-mudahan kita dijauhkan dari bersikap begitu terhadap orang tua kita teruatama ibu.
Dan yang pasti akak pun teresak-esak juga. kerana takut tanpa sedar pernah membuat ibu akak terluka.
Terima kasih yussamir kerana saling mengingatkan.
salam.
Waalaikumsalam..
ReplyDeleteCerita tersebut betul-betul menyentap jiwa-jwa anak-anak yang sedang menontonnya.Sebuah cerita yang penuh dengan pengajaran dan pedoman.Moga kita yg menontonnya dapat menjadikan ia sebuah iktibar.
ps:saya pon melelehla air mata ni,,huhuhuhuh..
Assalamualaikum...
ReplyDeleteem cite tu mmg penuh pengajaran...
skrg nih pon kite takot sangat mane la tau kalau2 kite da lukekan ati mak atau wat mak terase ati... tapi kita tak sedar...
> salam kenal tuan umah <
WaAllaikumusalam MAnje..
ReplyDeleteSalam kenal juga..