Friday, March 7, 2008

Doa


#moga airmata ini disirami Allah dengan berita gembira pada malam ini.Gambar dari Abu Saif

Kerana Allah mereka berada di jalan ini

Oleh:Yussamir Yusof
Cyberjaya
8 Mac 2008
www.yussamir.com


Ya,Allah…

Segala puji bagi kau yang Maha Kuasa dan Maha Penyayang.Selawat dan salam keatas junjungan besar pesuruh Allah,Nabi Muhammad saw.

Ya Allah, aku bermohon pada-Mu dan aku berhajat pada-Mu.Kau peliharalah pilihanraya umum kali ini dan berkatilah perjuangan-perjuangan insan yang sentiasa dihatinya tidak pernah lekang mengingati-Mu.Ya Allah,janganlah Kau biarkan air mata hamba-hambaMu yang soleh terus gugur kerana keperitan,jadikanlah air mata yang berguguran itu satu tanda kegembiraan dan kebahagiaan kepada mereka.Kegembiraan dan kebahagian yang terpancar kerana cinta agung mereka pada-Mu.

Ya Allah,kau tambahlah nikmat islam dan iman kepada pejuang-pejuang ini.Kau siramilah hati-hati mereka dengan kasih sayang-Mu dan belas-kasihMu.Ya Allah,hati ini tidak tegar melihat pejuang-pejuang ini terus ditindas dan diperlekehkan oleh mereka yang tidak mengenal-Mu walaupun mereka kenal-Mu.Ya Allah, aku percaya akan janji-janjiMu malahan aku bertambah yakin,bahawa Tiada Tuhan Melainkan Allah.


Sayyid Qutb

#Penulis Kitab Tafsir FizilalilQuran ini terus teguh dibalik jeriji,namamu terus segar diingatan kami,biarpun kau tiada di sisi kami lagi.


Wahai para pejuang,alunankan dan sematkan kata-kata Sayyid Qutb ini sedalam mungkin di dalam hati-hatimu.

Kita mendakwah umat manusia ke jalan Islam bukanlah dengan tujuan mencari sebarang upah dam tanda jasa.Bukan juga untuk memancing pangkat dan bintang kebesaran.Kita tidak mengharapkan apa pun balasan untuk diri sendiri.Kita berdakwah kepada manusia ke jalan Islam kerana kita cinta, kasih,dan inginkan mereka beroleh kebaikan dan kebahagiaan.Walaupun mereka (insan yang menentang Allah dan Rasul) menyakiti dan menganiaya kita dan malah memusuhi kita sebab itu sudah menjadi asam garam hidup bagi pendakwah ke jalan Allah sepanjang zaman.Layanan-layanan buruk kita terima itu tidak menyebabkan kita merasa kecewa dan putus semangat,malah seharusnya ia terus menguatkan lagi azam kita bagi meneruskan perjalanan.Umat manusia wajib diberitahu tentang hakikat Islam itu dan hakikat kewajiban mereka sendiri terhadap Islam, sebagai jalan untuk beroleh kebajikan dan kebahagiaan yang pasti diberikan oleh Islam.Begitu juga mereka perlu mengetahui pendapat kita mengenai hakikat jahiliah yang sedang mereka hayati itu.Hakikat jahiliah itu tetap jahiliah dan tiada sebarang pertalian pun dengan Islam.Hakikat bahawa selain daripada undang-undang dan Syariat Islam itu ialah undang-undang hawa nafsu,hakikatnya bahawa tiada altenatif lain bagi Islam yang merupakan ‘kebenaran’ itu selain daripada ‘kesesatan’.”

1 comment:

  1. Ameen...semoga Allah menghitung setiap titis air mata TGNA ini, pejuang-pejuang serta penyokong-penyokong pemerintahan Islam di Malaysia sebagai air mata yang diredhaiNya dan mengurniakan kemenangan buat Islam.

    Kita boleh nilai peribadi insan itu bila dia menghadap Tuhan..
    Semoga kemenangan buat pejuang agamaNya yang bersih hati dan jiwa, sentiasa mengharapkan rahmat dan kasihNya. Tergamam saya melihat air mata seorang pejuang, menangis mengharap pertolonganNya kerana itulah keistimewaan pejuang agama, tidak pernah lupa pada Tuhan Yang Maha Berkuasa.

    Berdoa untuk berita gembira malam ini...

    ReplyDelete