“Inilah akibatnya jika manusia tak dengar kata Allah"
Oleh:Yussamir Yusof
Cyberjaya
9 Mac 2008
www.yussamir.com
Saya mulakan artikel ringkas ini dengan sebuah Firman Allah yang bermaksud:
"TAHUKAH kamu bagaimana Tuhanmu telah bertindak ke atas tentera bergajah? Bukankah Dia telah menjadikan tipu daya mereka yang menyesatkan untuk menghancurkan Kaabah itu sia-sia? Lalu dihantar-Nya burung-burung yang berbondong-bondong yang melempari mereka dengan batu-batu yang berasal dari tanah yang terbakar. Lalu, dijadikan mereka seperti daun-daun yang dimakan ulat" (Surah al-Fiil: Ayat 1-6)
Terima kasih Allah!!
Keyakinan kami bahawa Kau akan makbulkan setiap doa-doa
Terima kasih juga diucapkan kepada semua rakyat Malaysia yang bangkit seakan gelombang tsunami.Kebangkitan anda semua bagaikan sebuah kebangkitan yang menafikan kebatilan dan menegakkan kebenaran.Setelah bangkit,kita harus terus bangkit dan berkerja keras kearah kemakmuran dan kebahagiaan rakyat.
Kepada para pemimpin yang telah memegang amanah dan kepercayaan daripada rakyat,ingatlah tugas anda semua selepas ini lebih berat.Jangan sesekali meruntuhkan kepercayaan rakyat dan mencabut cinta-cinta kami kepada keadilan.
#"anak dan isteri saya menang" Mungkin itu yang diperkatakan oleh DSAI
Saya tertarik kepada sebuah cerita di mana seorang Ulama’ telah menghadap khalifah Muawiyah ketika itu.Sampai sahaja didepan Muawiyah,ulama’ itu berkata “wahai sang buruh.” Pembesar-pembesar yang berada disekeliling Muawiyah menjadi marah,kemudian memaksa ulama’ itu memanggil Muawiyah dengan panggilan “wahai,Amirul Mu’minin.” Tapi ulama’ itu tetap berdegil,kemudian Muawiyah berkata, “biarkanlah dia,kerana dia lebih tahu apa yang dia perkatakan.”
Fikir-fikirkanlah cerita ini...
Sujud Syukur
Akhir kata,saya sarankan kepada semua,khasnya kepada para pejuang agar melakukan sujud syukur kepada Allah.Menurut Sheikh Ibn Utsaimin "Sujud Syukur dilakukan kerana selamat dari sesuatu musibah atau menerima Nikmat yang dikurniakan kepada seseorang (tanda terima kasih),dan hal ini adalah sunnah yang diajar oleh Nabi saw kepada umatnya.Berdasarkan kepada sebuah hadith dari Abu Bakar, “"Nabi saw apabila mendengar apa-apa berita yang membuat baginda merasa lapang, baginda akan turun sujud syukur kepada Allah swt"(Hadith diriwayat oleh Lima kecuali Al-Nassai. Al-Tirmidzi mengatakan Hadith ini Hasan Gharib)
Cara sujud syukur
Menurut Dr Wahbah Zuhaily didalam bab 5: Sebab dan sifat sujud Tilawah - Fiqh islami (2/118)[1], Sujud Syukur di dalam Mazhab Syafie serupa dengan sujud Tilawah. Ia boleh dilakukan di atas kenderaan jika seseorang dalam permusafiran. Terdapat 5 rukun iaitu:
a. Berniat.
b. Takbiratul Ihram
b. Sujud satu kali sahaja.
c. Duduk selepas sujud dan
d. Memberi salam.
Di dalam Mazhab Hanbali pula, terdapat 3 rukun iaitu sujud, bangun dari sujud dan salam yang pertama. Takbir semasa sujud dan bangun darinya.
Cara sujud syukur didalam Mazhab Hanafi dan Mazhab Maliki hampir serupa bentuknya. Mereka akan terus sujud tanpa Takbir Al-Ihram dan bangun dari sujud tanpa memberi salam. Mereka akan bertakbir untuk sujud sahaja dan semasa bangun dari sujud.
Dari pandangan Sheikh Ibn Utsaimin rh pula, sebagaimana di dalam Fatawa Islamiyyah (1/205) mengatakan :
يكون سجود الشكر عن مصيبة اندفعت أو لنعمة تهيأت للإنسان وهو كالتلاوة خارج الصلاة ، فبعض العلماء يرى له الوضوء والتكبير ، وبعضهم يرى التكبيرة الأولى فقط ، ثم يخر ساجدا ويدعو بعد قوله سبحان ربي الأعلى
"Sujud Syukur dilakukan kerana selamat dari sesuatu musibah atau menerima Nikmat yang dikurniakan kepada seseorang (tanda terima kasih). Dilakukan seperti Sujud Tilawah di luar Solat, dan sebahagian ulama'mengatakan wudhu' dan Takbir diperlukan, ada beberapa yang lain mengatakan cuma satu Takbir sahaja diperlukan. Kemudian diikuti dengan sujud dan berdo'a setelah berkata : Subhaana Rabbiy al-A’laa."
[1] Dr Wahbah al-Zuhaily. Al-Fiqh Al-Islami wa adillatuh - II. cetakan ke 3.
#Tajuk diatas berasal dari mulut seorang pemimpin yang saya kagumi dan hormati,Tuan Guru Nik Abdul Aziz.Moga Allah terus memberi kesihatan dan umur yang panjang kepada beliau.TG air mata TG yang berguguran sudah dibalas Allah dengan kejayaan!
Alhamdulillah!!
ReplyDeleteBenar kata-kata saudara, umpama satu hukuman buat mereka yang selama ini berpaling daripada agama Allah dan seolah-olah menempelak ke muka mereka yang selama ini angkuh dan sombong seolah-olah mereka tidak akan mampu ditumbangkan.
Lebih 700 000 daripada jumlah keseluruhan para pengundi adalah pengundi baru yang tidak salah kalau kita anggarkan mungkin hampir kesemuanya adalah anak muda yang baru mendaftar. Saya mengikuti pengumuman pilihanraya dan sedikit emosi dengan kenyataan seorang panelis yang membayangkan undi anak muda kini adalah kerana mahukan perubahan dan ulasannya membayangkan seolah-olah anak-anak muda kini 'tdak kenal dek untung' dan tidak matang membuat keputusan. Dan ini tidak boleh dikirakan sebagai kebangkitan rakyat, tetapi hanyalah kebangkiran anak muda.
Apa relevannya ulasan seperti ini?
Wallahualam.
Asslamauaikom...
ReplyDeleteMudah bagi saya untuk menjawab kenyataan panelis itu,bahawa panelis itu tidak tahu bahawa jatuh bagun sebuah bangsa dan negara ialah kerana para pemudanya.Adkah sama orang yang mengetahui dengan orang yang tidak mengatahui?Kebangkitan anak muda mewakili kebangkitan rakyat yang sudah jelak ddengan keangkuhan dan ketololan mereka.menjadi bukti,bahawa kebangkitan ini adalah satu menifistasi bahawa rakyat tidak lagi boleh diperbodohkan dan diperkotak-katik.Harus menjadi petunjuk bahawa Allah boleh melakukan apa sahaja yang DIA mahu lakukan.
Sperti kata TG, "demo minta doa agar demo diberkati tuhe,tapi demo tolak tuhe.Gapo dio?" camtu la apa yang diperkatakan oleh TG.
Assalamualaikum.
ReplyDeleteJatuh bangunnya sesebuah negara kerana anak mudanya. Dan anak muda Malaysia mula berubah dan nampak pentingnya penglibatan dalam politik dan penguasaan ilmu pengetahuan. Mungkin kerana bimbang dengan fenomena ini, maka tuduhan melulu itu dibuat? Wallahualam.
Semoga kita bukanlah daripada golongan yang 'mintok keberkate tuhe tapi dale tok seda tolok tuhe'
Wallahualam.
Wah norayhunt fasih ghoyak kelate gamoknya..huhuhuhu...Yup itu mmg sebuah kenyataan yang sahih,bahawa anak muda malaysia sudah mula berfikir tentang negara dan sudah aktif membina aset didalam kepala(ilmu)...Kita tunjukkan kepada mereka bahawa Anak muda Malaysia kini bukanlah setolol yang mereka sangkakan.. (sedap pula gunakan perkataan tolol ini,erm..kalau jadi Shanon Ahmad lagi best,,heheheh,,macam2 perkataan leh sumbat kat dalam komen ini..hehehe)
ReplyDeleteParlimen BN= 137, minus sabah sarawak (22+29= 51) = 86.
ReplyDeleteParlimen BA = 82 , minus sabah sarawak (1+1=2) = 80.
kalau ahli parlimen dari sabah sarawak ditakdirkan tidak hadir.... parlimen almost 50/50. tough fight kalau tak ada fakta benar dan munasabah tu...
Satu lagi ada sesiapa boleh dapatkan statistik bangsa dalam ahli ahli parlimen tak?...
cuba bayangkan BA n BN bersidang nanti dalam parlimen yang dikuasi sama kuat dari kedua dua pihak..
Kesimpulannya parlimen semenanjung adalah dikuasai pihak yang dahulu dicop sebagai pembangkang.
Lebih rela malaysia ditadbir oleh pas daripada PKR dan DAP. DAP jika komunis maka selamanya komunis. PKR perjuangannya hanya untuk pembalasan dendam anwar ibrahim sahaja.
ReplyDelete