Thursday, March 27, 2008

Sebuah cerpen

Photobucket

Cerpen abstrak :Sarwajagat nerakanika

Oleh: Yussamir Yusof
Cyberjaya
27 Mac 2008




“Tangkap wanita itu!” Panglima Arenawati berpangkat General dalam turus angkatan tentera Agronita, memberi arahan kepada anak buahnya. Anak-anak buahnya lekas menangkap Izrul yang sedang berehat-rehat di tepi bangsal kosong.

“Eh,kenapa saya pula ditangkap. Lagipun saya bukan wanita saya lelaki.”

Sejurus izrul mengatakan dia lelaki, anak-anak buah panglima Arenawati ketawa terbahak-bahak.

“Apa kau ingat aku buta? Engkau itu wanita bukan lelaki,tengok itu kau punya anu!”

“Ya,aku mempunyai anu,sebab itu aku katakan aku ini lelaki.Lelaki ada anu,wanita tidak ada!” Izrul marah diperlakukan sedemikian rupa. Dia cuba meronta-ronta untuk melepaskan diri dari pegangan anak buah panglima itu.

“Gila punya budak!Aku bilang wanita,wanitalah. Tidak perlu berdolak-dalik. Kamu berdua bawa dia ke bilik tahanan, dan jangan lupa tempatkan dia bilik tahanan bandar kadiawapan.” Panglima Arenawati mula naik berang apabila kata-katanya cuba disangkal oleh Izrul. Sejurus,memberi arahan agar Izrul ditempatkan di bilik tahanan bandar Kediawapan, dia terus menaiki airobadani untuk pulang ke Markas. Airobadani terus laju membelah awan meninggalkan kawasan larangan yang telah dicerobohi oleh Izrul tadi.

Sepanjang perjalanan ke Bandar Kediawapan Izrul terpinga-pinga, kerana dia belum pernah lihat bandar yang sebegitu canggih ini. “Encik, ini negara apa ?” Tanya Izrul terketar-ketar.

Seorang daripada tentera yang menangkapnya tadi menoleh ke arah Izrul.Kemudian dengan suara lantang dia menjawab, “Ini negara Sarwajagat nerakanika, sebuah negara yang diperintah oleh Kerabatinun Azharitunin.

“Ha! Negara Sarwajagat nerakanika? Kedengaran suara Izrul sedikit tinggi.Dia berasa pelik dengan nama negara ini,seumur hidup dia tidak pernah mendengar nama negara ini,walaupun dia bukanlah seorang peminat subjek geografi.

“weh bangun!” Petra mengejutkan Izrul yang meracau-racau macam kucing baru beranak. Izrul bangun,mengesek-gesek matanya yang tidak gatal.

“Mimpi! Astagfirullah petang-petang macam inilah aku nak mimpi yang bukan-bukan.” Izrul bingkas dari pembaringan,kemudian menuju ke arah surat khabar yang berselerakan di depan televisyen. Terpapar di dada akhbar, tajuk ‘bila kebenaran sudah tidak dapat dikenalpasti’.

“Ah!! Patutlah Panglima Arenawati kata aku ini wanita...” Izrul tersengih sambil kepalanya ligat memikirkan tentang kawan-kawannya yang menuduhnya sesat. Wahabi kata mereka!..Izrul terus tersenyum,lebar..sangat lebar....

1 comment:

  1. Assalamualaikum.
    Subhanallah. Cerpen yang menarik, punya mesej tersurat dan tersirat buat yang mahu berfikir. =)

    Bagi sesetengah perkara, insan itu kadangkala liat untuk berubah bila diberikan hukum atau ditegur secara langsung, tetapi lebih terkesan dengan mesej yang disampaikan secara santai dan berhikmah.

    Wallahualam.

    ReplyDelete