Filem Fitna antara emosi dan rasional
Oleh: Yussamir Yusof
Cyberjaya
1 April 2008
12.34 pm
Semalam seorang sahabat yang menuntut di luar Negara, berhasrat meninjau dan ingin berkongsi pandangan dengan saya tentang Filem Fitna. Persekitaran budaya yang berbeza dan atmosfera pendidikan yang juga berbeza, memberi pelbagai idea dan pandangan luar biasa pada kami malam itu. Anjakan paradigma yang statik kepada paradigma yang dinamik, mungkin itu boleh saya gambarkan kepada perbincangan saya dengan beliau malam itu melalui YM.
Antara soalan yang ditanya kepada saya ialah, apakah pandangan saya tentang versi boikot yang sedang dikeudarakan oleh segenap lapisan masyarakat dewasa ini terhadap produk Belanda.
Seperti kebanyakan pelajar yang mengambil subjek ekonomi, pasti akan membicara tentang supplier and demand dalam melontarkan idea dalam isu memboikot, dan saya juga tidak terlepas.
Namun, setelah mendalami isu ini secara bersama dan cuba merungkai satu persatu persoalan. Saya merasakan pandangan beliau tentang isu ini lebih rasional dan releven dari pandangan saya.
Memboikot adalah jalan terakhir bagi isu ini, kerana isu ini bukan berkaitan dengan masyarakat Belanda tetapi kepada seorang figur sahaja. Oleh itu, perlaksanaan boikot harus berada di tangga terakhir dan menjadi altenatif yang bukan menjadi keutamaan. Alhamdulilah, Ulama tersohor dan terpecaya di kalangan ulama-ulama mu’tabar iaitu al-Imam Yusuf al-Qardhawi yang juga ketua Ulama Islam Antarbangsa, juga meletakkan usaha memboikot di tangga ke lima semasa menyatakan lima spektrum yang berisi seruan kepada kaum Muslimin untuk melawan serangan yang memburukkan Islam dan Al-Quran (kenyataan al-Imam Yusuf al-Qardhawi ini diperoleh dari laman web eramuslim yang berbahasa Indonesia,kemudian telah diedit oleh saudara Abu Hasif dan sedikit dari paradigma).
Seruan ini disampaikan berikutan penyiaran filem “Fitna” yang ditayangkan oleh ahli politik radikal Belanda Geert Wilders di internet. “Kita tidak boleh menganggap enteng upaya menyalakan api terhadap Al-Quran, ” tegas Qaradhawi. Qaradhawi menegaskan bahawa dakwaan Wilders dalam “Fitna” yang menyebutkan bahawa Islam mengajarkan kebencian dan pembunuhan, sangat berlawanan dengan ajaran Islam yang menyeru kasih sayang dan hidup bersama secara damai dengan semua pihak. Qaradhawi dalam kesempatan yang sama juga menyelar sikap sebagian umat Islam yang turut mencemarkan nama Islam dan secara automatik membuka peluang bagi musuh-musuh Islam untuk memperburuk agama Islam yang hanif.
Dalam keterangannya kepada Islamonline, Qaradhawi menegaskan, “Apa yang dilakukan oleh ahli politik radikal Belanda itu, sama dengan menyalakan api terhadap Al-Quran.” Ia menambahkan, “Filem yang menuding al-Quran sebagai kitab suci fasis adalah pembohongan, dan merupakan perkataan yang tidak dikeluarkan kecuali oleh orang yang bodoh, sombong dan keras kepala. Ini rangkaian baru dari rangkaian permusuhan yang telah dibangun oleh arus di Barat, yang mengambil keuntungan di baliknya.” Lima hal yang yang digariskan Qaradhawi dan harus dilakukan umat Islam adalah;
1. “Menolak pendustaan ke atas Rasulullah saw yang menyebutkan baginda seorang yang haus darah dan seorang haus seks, secara ilmiah. Penolakan ini harus dilakukan secara menyeluruh, hingga sampai kepada orang-orang yang selama ini memiliki imej buruk terhadap Rasulullah dan orang yang tidak tahu akan kemuliaan Rasulullah saw.”
2. Kedua, “Melalui kaedah politik, sikap negara-negara Islam besar harus berdiri secara jantan untuk membela Islam dan Rasul-Nya.”
3. Ketiga, “Penolakan massa dengan menekan pemerintahan kaum Muslimin untuk memiliki sikap tegas berdasarkan keimanan bahawa umat Islam masih hidup dan masih memiliki kecintaan besar terhadap keyakinannya.”
4. Keempat, Qaradhawi menyerukan agar ada penolakan di lapangan seni dan budaya. Beliau menerangkan upaya itu misalnya, drama, filem atau drama bersiri untuk meluruskan imej yang selama ini tertutup dari Islam.
5. Kelima, “Pemboikotan ekonomi terhadap negara-negara yang mengizinkan penduduknya mencederai kesucian Islam. Pemboikotan ini adalah senjata yang mampu menyakitkan suatu negara.”
Akhir kata, Belanda dan Israil adalah dua isu yang berbeza dan kami bersama dalam mengatakan bahawa memboikot barangan Israil adalah wajib,sepertimana Fatwa yang dikeluarkan oleh Al-Imam Yusuf al-Qardhawi sebelum ini. Namun untuk memboikot barangan Belandan disebabkan isu ‘Fitna’ tanpa melihat dalam konteks yang lebih luas terutama peluang dakwah,maka itu adalah satu kesilapan. Mungkin ada yang bakal menempelak tulisan ini, tapi fikirkanlah hal ini dengan fikiran yang rasional tanpa melibatkan emosi. Benar kita menyayangi Islam dan memarahi perbuatan yang memperlekehkan al-Quran, tetapi islam juga mengajar kita bersikap rasional dan luas.
Lihat sahaja sejarah Islam dimana para sahabat terkejut ketika Nabi Muhammad saw menerima penjanjian Hudaibiyah. Sehinggakan Saidina Umar menyoal tindakan Nabi Muhammad saw,namun baginda melihat perjanjian ini bukan setakat perjanjian tetapi baginda melihatnya dengan skop yang cukup luas. Oleh sebab itu,kita juga perlu meniru sikap dan ibrah yang disampaikan kepada kita melalui tokoh yang bernama Muhammad saw.
Peristiwa ini telah direkodkan dalam Sahih Bukhari dan Muslim,bahawa Saidina Umar al-Khatab berkata, “Kemudian aku datang kepada Nabi Muhammad saw, lalu aku bertanya kepada baginda. Bukankah engkau Nabi Allah? Baginda menjawab, “Benar.” Kemudian aku bertanya lagi, “bukankah orang-orang kita yang terbunuh akan masuk syurga dan orang-orang mereka akan masuk neraka?”. Baginda menjawab, “Ya benar!” Aku bertanya lagi, “lalu mengapa kita menyetujui agama kita direndahkan?” Baginda menjawab, “sesungguhnya aku ada Rasul Allah,aku tidak akan menyalahi perintah Allah dan Dia pasti akan membelaku.” Dan seterusnya..... (hadith ini panjang,cukuplah setakat ini)
Allah jua mengetahui...
*Kredit kepada Saudara Imran di atas muzakarah kita malam semalam.
________________________________________________________
Artikel yang dicadangkan oleh paradigma untuk dibaca:
Semoga fitnah dunia ini mendekatkan kita kepada Allah dan melihat kembali pesanan-pesanan Rasulullah.
ReplyDeleteInsyaAllah.
Assalamualaikum
ReplyDeleteAda hikmahnya terjadi sesuatu perkara. Allah izinkan isu ini tercetus, mungkin mahu supaya ummat Islam itu bersatu dan kembali kepada Islam yang sebenar. Mungkin dengan cara ini, membuka lebih peluang untuk dunia mengenali Islam seperti yang berlaku rentetan daripada peristiwa 9/11?
Apa yang pasti, Islam itu agama nasihat, agama yang tertinggi dan Allah pasti tidak akan membenarkan agamaNya ini dimain-mainkan. Cuma terpulang bagaimana Muslim mahu berhadapan dengan isu ini sebijak-bijaknya.
Wallahualam.
ALLAH HU AKBAR!!!
ReplyDeleteDENGAN NAMA ALLAH,AKU MEMOHON KAU LINDUNGI HAMBA2 NYA.. DUNIA SEMAKIN TUA & GOYAH.. TANDA2 KIAMAT KECIL TELAH ADA.. MARILAH KITA SAMA2 BERTAUBAT DAN KEMBALI KEJALAN ALLAH...
MARILAH KITA BERSATU MENEGAKKAN AGAMA ALLAH..ISLAM AGAMA SUCI.