Apakah ciri-ciri seorang dai’e
Oleh:Yussamir yusof
Cyberjaya/4:19 pagi
www.yussamir.com
Alhamdulilah peperiksaan sebentar tadi saya dapat menjawab dengan lancar. Selepas sahaja tamat menjawab,saya terus bergegas ke Masjid untuk menghadiri perjumpaan para tanzim Institusi Usrah.
“Apa ciri seorang daie’?” seorang sahabat saya bertanya.
Saya termenung sekejap,kemudian saya berfikir sejenak.
“Adakah aku sudah cukup sempurna untuk memberi pandangan bagi soalan ini?” Saya menyoal diri sendiri.
Keperluan menjawab
Sebenarnya apabila kita menjawab soalan,kita sebenarnya menasihati diri kita sendiri. Abaikan dahulu persoalan sama ada kita lakukan atau tidak apa yang kita perkatakan itu. Yang penting sekarang, memberi tahu agar mahu melakukan dengan kemampuan yang sedia ada.
Tidak menjadi masalah atau satu dosa apabila kita sering memberi buah pandangan dan juga nasihat. Kerana Allah sendiri telah berkata, “berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.” (surah al-asr :3).
Tidak semestinya apabila seseorang itu berpesan kearah kebaikan, dia sudah melakukannya. Fitrah manusia inginkan kebaikan dan menolak keburukan, jesteru manusia akan sering menasihati perkara yang dirasakan baik bagi dirinya dan baik untuk orang yang dinasihatinya.
Ciri-ciri seorang dai'e
Tidak banyak yang saya kongsikan ciri-ciri ini bersama sahabat saya itu,namun cukuplah sebagai buah tangan dari saya. Namun, diingatkan bahawa ciri-ciri menjadi seorang dai’e adalah sebuah perkara yang subjektif. Oleh itu apa-apa ciri yang bersesuaian dengan sunnah Nabi ,para sahabat dan para tabien,maka ia sesuailah untuk diterapkan dalam diri kita.
Keperluan Ilmu
Pentingnya seorang dai’e itu menyiapkan diri dengan ilmu, adalah point pertama saya bila menjawab pertanyaan beliau.
Abdullah bin Mas'ud berkata, "Nabi صلی الله عليه وسلم bersabda, Tidak boleh iri hati kecuali pada dua hal, yaitu seorang laki-laki yang diberi harta oleh Allah lalu harta itu dikuasakan penggunaannya dalam kebenaran, dan seorang laki-laki diberi hikmah oleh Allah di mana ia memutuskan perkara dan mengajar dengannya. (Sahih Bukhari)
Perhatikan hadith di atas. Hadith ini dengan jelas menggambarkan betapa tinggi dan mulianya seseorang insan dengan ilmu. Dengan ilmu jugalah, seseorang itu dapat memutuskan sesuatu perkara, dan menyampaikan ilmu itu agar bermanfaat kepada semua orang. Ilmu menjadi perkara asas kepada para dai’e sebelum mereka keluar ke lapangan dakwah dan islah. Seorang dai’e yang berdakwah tanpa ilmu, akan menjadi pemusnah kepada jalan kebaikan. Mereka akan menjadi punca kepada salah-faham dan punca kepada kerosakkan. Kita biasa dengar pepatah orang melayu, “seperti tikus membetulkan labu” tetapi kita tak pernah untuk menyelami maksud tersirat dalam pepatah itu. Pepatah itu dengan halus menyindir orang yang tidak berilmu, tetapi cuba membetulkan sesuatu yang tidak ada pengetahuan bagi dirinya. Oleh sebab itu,dengan Ilmu barulah sesuatu perkara dapat dilakukan,kalau tidak ia lebih membawa kepada kerosakan.
Hal ini selaras dengan apa yang dikatakan Nabi saw iaitu, “Ilmu itu adalah imam,Amal itu adalah makmum.” (HR Ibnu Abdul Barr-Dari Muaz dengan Sanad Mauquf
Sampaikanlah
Tidak ramai dikalangan kita berani untuk menyampaikan ilmu pengetahuan kepada orang lain. Untuk menjadi seorang dai’e yang mantap,kita seharusnya perlu ada keyakinan untuk menyampaikan sesuatu yang kita tahu,lebih-lebih lagi kebenaran. Ramai dikalangan kita hanya berani menyampaikan sesuatu perkara melalui penulisan,tapi tak berani berhadapan dengan cara menasihati atau berhujah. Saya tertarik dengan kata-kata al-Imam Yusuf al-Qardhawi dalam kitabnya yang bertajuk ‘fatwa antara pencerobohan dan penelitian’. Katanya, kita seharusnya bukan sahaja duduk membaca kitab di dalam rumah, tetapi kita seharusnya keluar merasai kehidupan bersama masyakarat. Selain kita dapat menyampaikan buah fikiran kita, kita juga akan sentiasa up-to date dengan hal-hal semasa.
Saya tertarik dengan keberanian seorang sahabat ini,yang berani menyampaikan ilmu. Sahabat Nabi saw ini bernama Abu Zar,
katanya, "Andaikan kamu semua meletakkan sebilah pedang di atas ini (sambil menunjuk ke arah lehernya). Kemudian aku memperkirakan masih ada waktu untuk melangsungkan atau menyampaikan sepatah kata saja yang kudengar dari Nabi صلی الله عليه وسلم sebelum kamu semua melaksanakannya, yakni memotong leherku, niscaya kusampaikan sepatah kata dari Nabi صلی الله عليه وسلم itu." (Hadiht Bukhari - dimaushulkan oleh
Jadilah insan Rabanni
Ingin menjadi insan Rabanni bukanlah dengan menyertai kumpulan nasyid Rabanni.Tetapi menjadi Rabanni dengan menyampaikan ilmu pengetahuan dengan bertahap-tahap. Maksud bertahap-tahap adalah, sampaikan ilmu pengetahuan yang asas-asas (mudah) dahulu, kemudian barulah ilmu-ilmu yang rumit. Hal ini harus ada dalam jiwa seorang dai’e, kerana seorang dai’e harus tahu mad’u atau orang yang ingin didakwahnya. Dakwah yang ingin disampaikan mestilah sesuai dengan level mereka, pendekatan yang sesuai serta laras bahasa yang mampu difahami oleh para madu’.
Saidina Ali pernah berkata, “ bicaralah pada manusia sesuai dengan apa yang mereka ketahui,dan tinggalkanlah apa yang mereka ingkari.Adakah kalian menginginkan mereka mendustakan Allah dan Rasul-Nya.” (Hadith riwayat Bukhari,Mauquf sehingga Saidina Ali)
Berlemah lembut
Jangan sesekali bersikap keras dan tidak toleransi. Tetapi bersikaplah lemah lembut , sentiasa memberi khabar gembira dan sentiasa mempermudahkan.
Kata Nabi, “permudahkanlah,jangan dipersulitkan. Berilah khabar gembira dan janganlah buat manusia lari.” (Mutafaqun alaih).
Kita harus sedar bahawa pendekatan keras dan penuh kekakuan hanya akan melenyapkan kebaikan yang ada dalam pergerakan dakwah. Oleh sebab itu, ada sebuah atsar yang menyatakan, “barangsiapa yang menyuruh kepada kebaikan,maka hendaklah dia melakukakannya dengan cara yang baik.”.
Manakala menurut Imam al-Ghazali dalam kitab ihya’ ulumuddin , “janganlah seseorang menyuruh kepada kebaikan dan tidak melarang kemungkaran kecuali dia berhati lemah lembut dengan apa yang diperintahkan itu.Juga lembut dengan apa yang dia larang, sabar dengan apa yang dia perintahkan dan sabar dengan apa yang dia larang. Kemudian mengerti apa yang dia perintahkan dan apa yang dia larang.”
Akhir kata marilah sama-sama kita katakan, "Inilah jalan (agama) ku, aku dan orang-orang yang mengikutiku mengajak (kamu) kepada Allah dengan hujjah yang nyata, Maha Suci Allah, dan aku tiada termasuk orang-orang yang musyrik." (Surah Yusuf:108)
Assalamualaikum.
ReplyDeleteAlhamdulillah. Terkadang soalan tersebut pernah juga menerjah ke ruang fikiran; samada benar diri ini layak untuk bergelar da'ie yang bersifat 'tahu dan berhikmah dalam penyampaian'. Cuma kadangkala syaitan juga berjaya memainkan peranan dengan membisik prasangka ini; "aku belum sempurna dan tidak layak untuk menegur kerana aku juga pernah berbuat salah yang sama. Tak malukah aku menegur orang lain berbuat salah itu sedangkan aku dahulu salah seorang daripada mereka?"
Sekadar memberi respon kepada tulisan saudara ini yang seperti kembali mengingatkan diri bahawa kita tidak punya alasan untuk tidak mengambil tahu dan menyampaikan apa yang tahu. Alhamdulillah, zaman kita sekarang, pencarian ilmu telah menjadi lebih mudah dengan adanya begitu ramai mereka yang berilmu dan mempunyai pelbagai cara untuk kita mengambil inisiatif untuk bertanya tentang sesuatu ilmu. Pelbagai buku ilmiah di pasaran, ditambah dengan kemudahan internet dan juga majlis-majlis ilmu yang banyak diadakan. Alangkah ruginya jika kita melepaskan peluang ini kerana kita tidak akan pernah tahu bila saatnya mati, dan kita juga akan disoal apa yang kita lakukan dengan nikmat-nikmat yang Allah kurniakan ini.
Menjadi masalah juga jika seorang yang berilmu itu tidak tahu cara yang baik untuk menyampaikan ilmu dengan berhikmah, bukan? Kegagalan seorang dai'e mengenal mad'u nya akan membuatkan mad'u makin jauh dan makin sukar untuk didekati dan ini akan merugikan ummah itu sendiri. Jadikan sebaik-baik idola buat manusia ini sebagai garis panduan untuk menjadi dai'e yang baik; Nabi Muhammad SAW.
Berdoalah untuk kekuatan bagi terus melengkapkan diri menjadi dai'e yang baik dalam mengembangluaskan ilmu dan agama Islam walaupun dengan sepatah kata.
Wallahualam.
Pada mula saya nk tulis artikel ini,saya berfikir panjang. Alhamdulilah,saya cuba juga menyampaikan apa yang saya tahu,mahu dan mampu untuk laksanakan selepas saya menulis artikel ini.
ReplyDeleteArtikel ini adalah kesinambungan dari email yang dihantar oleh sahabat sya itu kepada saya.Moga artikel ini memberi kesedaran kepada saya dan juga para pembaca paradigma yang lain..
Terima kasih dengan sebuah respon yang amat baik pada pandangan saya.
:D